5,221 kes baharu di Filipina

MANILA 15 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,221 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,490,665.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang dilaporkan sembuh pula sebanyak

4,147 orang dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,418,856 pesakit pulih atau 95.2 peratus.

Sebanyak 82 lagi kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 26,314 orang meninggal dunia.

Kes aktif pula sebanyak 45,495 atau 3.1 peratus.

Related posts

Leave a Comment