Muafakat Nasional belum bubar

ALOR SETAR 1 Sept. – Pas tidak pernah mengisytiharkan pembubaran Muafakat Nasional (MN) sehingga kini, begitu juga UMNO, kata Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man

Jelasnya, platform penyatuan ummah itu perlu diteruskan demi kepentingan bangsa Melayu dan Islam serta masa depan negara.

“Perundingan kita melihat muafakat dalam kerangkan MN. Saya ingin tegaskan MN belum dibubar. UMNO tidak isytihar bubar, Pas pun tidak isytihar bubar.

Kita perlu mengekalkan platform ini kerana kepentingan Islam dan Melayu serta masa depan negara,” jelasnya semasa merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-63 di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata MN juga boleh menjadi medium dalam perbincangan mengenai isu-isu lain selain politik dan ini memerlukan platform seperti MN.

Related posts

Leave a Comment