Saudi catat 1,165 kes, 15 kematian

RIYADH 15 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,165 kes baharu Covid-16, satu jumlah yang menunjukkan penurunan berbanding 1,226 kes yang direkodkan sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan, 15:lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 506,125 dan 8,035 kematian. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 907 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 486,918. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 313 diikuti Makkah 265, daerah Timur 185 dan Asir 122. Sebanyak 11,172 kes aktif dan 1,429 daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Read More

Kes harian Indonesia cecah 56,757

JAKARTA 15 Julai – Hari ini ketika indonesia menerima 2.6 juta vaksin Moderna dan AstraZeneca., jumlah kes jangkitan Covid-19 terus melonjak kepada 2,726,803 orang dengan jumlah kematian pula 70,192 orang. Jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah 56,757, angka tertinggi selepas kes pertama dikesan pada Mac 2020 manakala 982 lagi kematian dilaporkan Kes sembuh pula meningkat kepada 2,176,412 orang termasuk 19,049 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini sementara kes aktif bertambah sebanyak 36,725 menjadikan jumlah keseluruhan 480,199. Jakarta masih merekodkan kes tertinggi dengan 12.691 kes dan kumulatifnya 714.601 kes, diikuti…

Read More

Lebih separuh kes saringan kontak

PUTRAJAYA 15 Julai – Lebih separuh daripada 6,120 kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini dikesan hasil saringan kontak rapat, manakala sebahagian kecil daripada saringan pekerja, individu bergejala dan lain-lain. Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman, berkata sejumlah 4,150 kes atau 67.8 peratus kes baharu di Selangor hari ini adalah daripada saringan kontak rapat. Katanya, saringan pekerja pula membabitkan 913 kes atau 14.9 peratus, disusuli individu bergejala dengan 781 kes yang bersamaan 12.8 peratus. “Kes lain pula membabitkan 111 kes saringan tidak bergejala atau 1.8 peratus, 94 kes atau…

Read More

90 peratus kes kategori 1 dan 2

PUTRAJAYA 15 Julai – Lebih 90 peratus atau 12,684 kes daripada 13,215 kes yang dikesan hari ini adalah pesakit Covid-19 kategori satu dan dua. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 8,047 kes adalah pesakit kategori satu iaitu tidak mempunyai gejala. “Sejumlah 4,637 kes dikesan hari ini adalah kategori dua atau pesakit Covid-19 yang bergejala ringan. “Bagi kategori tiga hingga lima, sebanyak 531 kes dilaporkan. Pesakit kategori ini mempunyai jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Beliau juga…

Read More

Terus melonjak kepada 13,000 kes

PUTRAJAYA 15 Julai – Selepas dua hari berturut-turut melepasi angka 11,000 kes, jumlah jangkitan baharu Covid-19 hari ini terus melangkah ke angka 13 dengan merekodkan 13,215 kes, angka tertinggi setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 880,782 dengan kes aktif sebanyak 108,369. Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 13 kes import melibatkan tujuh warganegara dan enam bukan warganegara manakala 13,202 kes tempatan melibatkan 10,845 warganegara (82.1%) dan 2,357 bukan warganegara (17.9%) Kes sembuh pula meningkat kepada 765,800 termasuk kes sembuh yang…

Read More

Warga emas ‘walk in’ vaksin

PUTRAJAYA 15 Julai – Individu berusia 60 tahun ke atas di Selangor dan Kuala Lumpur boleh mendapat vaksin Covid-19 secara terus (walk-in), kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba. Beliau berkata kaedah pemberian vaksin secara terus untuk mereka yang berusia 60 tahun akan dikembangkan ke negeri lain. “Projek rintis di Selangor kepada individu berusia lebih 50 tahun dan untuk mendapatkan vaksin secara ‘walk in’ kerana ada lagi data menunjukkan (individu) berumur 60 tahun belum dapat vaksin,” katanya pada sidang media hari ini. Selain itu, Dr Adham berkata, seramai 3,483 pengamal perubatan…

Read More

Delta merebak dalam 15 saat

PUTRAJAYA 15 Julai – Varian baharu Delta boleh merebak dalam masa 15 saat saja, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Berbanding kes positif Covid-19 sebelum ini, beliau berkata, individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang dari 15 minit dengan jarak satu meter. “Sifat virus ini berubah. Dengan varian Delta ini, dalam tempoh masa 15 saat boleh merebak dan jangkitan melalui udara. “Disebabkan itu, walaupun sudah divaksinasi, kita nasihatkan orang ramai untuk kekal memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal,” katanya. Di samping itu, elak…

Read More

Lonjakan berterusan di Selangor

PUTRAJAYA 15 Julai – Lonjakan kes Covid-19 terus berlaku di Selangor apabila merekodkan 6,120 kes, pertambahan lebih 1,000 kes berbanding 5,501 kes yang dilaporkan semalam. Negeri Sembilan berada di kedudukan kedua dengan 1,603, juga peningkatan kes berbanding 1,537 semalam sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 1,499 kes berbanding 1,749 semalam. Dengan perkembangan ini, Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 7,619 kes kepada jumlah kes harian seluruh negara sebanyak 13,215. Tiga negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Kedah yang mencatatkan 695 kes (504), Johor 599  (396) dan Pulau Pinang 509 (210). Sabah…

Read More

Singapura lapor 48 kes baharu

SINGAPURA 15 Julai – Sebanyak 42 kes jangkitan tempatan Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini dengan 33 daripadanya ada kaitan  dengan kluster KTV menjadikan 87 kes kesemuanya. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), daripada 42 kes tempatan itu, 17 mempunyai kaitan dengan kes-kes jangkitan lalu dan sudahpun dikuarantin sementara 20 terkait kes-kes terdahulu dan dikesan melalui ujian pemantauan. Lima  kes lagi tiada hubung kait. Semalam Singapura melaporkan 56 kes jangkitan tempatan baharu dengan 42 berkait dengan kluster KTV. MOH sebelum itu menyatakan 41 kes baharu dikaitkan dengan KTV tetapi…

Read More

5,221 kes baharu di Filipina

MANILA 15 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,221 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,490,665. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang dilaporkan sembuh pula sebanyak 4,147 orang dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,418,856 pesakit pulih atau 95.2 peratus. Sebanyak 82 lagi kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 26,314 orang meninggal dunia. Kes aktif pula sebanyak 45,495 atau 3.1 peratus.

Read More