Singapura lapor 48 kes baharu

SINGAPURA 15 Julai – Sebanyak 42 kes jangkitan tempatan Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini dengan 33 daripadanya ada kaitan  dengan kluster KTV menjadikan 87 kes kesemuanya.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), daripada 42 kes tempatan itu, 17 mempunyai kaitan dengan kes-kes jangkitan lalu dan sudahpun dikuarantin sementara 20 terkait kes-kes terdahulu dan dikesan melalui ujian pemantauan. Lima  kes lagi tiada hubung kait.

Semalam Singapura melaporkan 56 kes jangkitan tempatan baharu dengan 42 berkait dengan kluster KTV.

MOH sebelum itu menyatakan 41 kes baharu dikaitkan dengan KTV tetapi jumlah itu ditukar dalam kemas kini pada sebelah malam.

Selain itu, sebanyak enam kes import dilaporkan hari ini yang kesemuanya sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Empat daripadanya dikesan sejurus tiba di Singapura, manakala lagi dua dijangkiti virus itu semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Secara keseluruhannya, Singapura melaporkan 48 kes baharu Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 62,852 kes. 

Related posts

Leave a Comment