Warga emas ‘walk in’ vaksin

PUTRAJAYA 15 Julai – Individu berusia 60 tahun ke atas di Selangor dan Kuala Lumpur boleh mendapat vaksin Covid-19 secara terus (walk-in), kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Beliau berkata kaedah pemberian vaksin secara terus untuk mereka yang berusia 60 tahun akan dikembangkan ke negeri lain.

“Projek rintis di Selangor kepada individu berusia lebih 50 tahun dan untuk mendapatkan vaksin secara ‘walk in’ kerana ada lagi data menunjukkan (individu) berumur 60 tahun belum dapat vaksin,” katanya pada sidang media hari ini.

Selain itu, Dr Adham berkata, seramai 3,483 pengamal perubatan am swasta (GP) di Selangor dan Kuala Lumpur dibenarkan menyertai pemberian vaksin.

Katanya, angka itu masing-masing sebanyak 2,229 GP di Selangor, manakala 1,254 GP di Kuala Lumpur.

Setakat ini, beliau berkata, sebanyak 700 GP sudah pun menjalankan vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur.

Dr Adham berkata, jangkaan jumlah vaksin boleh diberikan melalui perkhidmatan GP di Selangor, Kuala Lumpur dan hospital swasta mampu mencecah 300,000 dos sehari.

Katanya, jangkaan itu mengambil kira jangkaan setiap GP memberi 100 dos sehari.

Related posts

Leave a Comment