Saudi catat 1,165 kes, 15 kematian

RIYADH 15 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,165 kes baharu Covid-16, satu jumlah yang menunjukkan penurunan berbanding 1,226 kes yang direkodkan sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan, 15:lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 506,125 dan 8,035 kematian.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 907 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 486,918.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 313 diikuti Makkah 265, daerah Timur 185 dan Asir 122.

Sebanyak 11,172 kes aktif dan 1,429 daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment