Lonjakan berterusan di Selangor

PUTRAJAYA 15 Julai – Lonjakan kes Covid-19 terus berlaku di Selangor apabila merekodkan 6,120 kes, pertambahan lebih 1,000 kes berbanding 5,501 kes yang dilaporkan semalam.

Negeri Sembilan berada di kedudukan kedua dengan 1,603, juga peningkatan kes berbanding 1,537 semalam sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 1,499 kes berbanding 1,749 semalam.

Dengan perkembangan ini, Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 7,619 kes kepada jumlah kes harian seluruh negara sebanyak 13,215.

Tiga negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Kedah yang mencatatkan 695 kes (504), Johor 599  (396) dan Pulau Pinang 509 (210).

Sabah pula merekodkan 370 (286), Sarawak 363 (289), dan Perak 344 (164), Kelantan 255 (236), Wilayah Persekutuan Putrajaya 53 (40).

Perlis pula kekal dengan tiga kes baharu.

Sementara itu Melaka merekodkan 484 kes berbanding 526 kes semalam, Pahang 222 (400), Terengganu 70 (189) dan Wilayah Persekutuan Labuan 26 (38).

Related posts

Leave a Comment