Kes harian Indonesia cecah 56,757

JAKARTA 15 Julai – Hari ini ketika indonesia menerima 2.6 juta vaksin Moderna dan AstraZeneca., jumlah kes jangkitan Covid-19 terus melonjak kepada 2,726,803 orang dengan jumlah kematian pula 70,192 orang.

Jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah 56,757, angka tertinggi selepas kes pertama dikesan pada Mac 2020 manakala 982 lagi kematian dilaporkan

Kes sembuh pula meningkat kepada 2,176,412 orang termasuk 19,049 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini sementara kes aktif bertambah sebanyak 36,725 menjadikan jumlah keseluruhan 480,199.

Jakarta masih merekodkan kes tertinggi dengan 12.691 kes dan kumulatifnya 714.601 kes, diikuti Jawa Barat 11.101, Jawa Timur 8.230 kes, Jawa Tengah 4.360 dan Banten 3.994.

Lima provinsi yang menambah pesakit sembuh harian tertinggi adalah Jawa Barat yang menambah 5,137 orang dan kumulatifnya 374.078 orang, diikuti Jakarta 3,026 Jawa Tengah , Jawa Timur 1.988 dan Yogyakarta 1.027.

Kematian tertinggi pula direkodkan di Jawa Tengah dengan 239 kes dan kumulatifnya 13.716 orang, Jawa Timur 211,  Jakarta 141, Jawa Barat 126 serta Yogyakarta 54 kes.

Sementara itu, 718,716 penerima mendapat vaksin pertama menjadikan jumlah keseluruhan 39.628.149 orang manakala 198,545 lagi menerima dos kedua menjadikan jumlah penerima lengkap dos meningkat kepada 208,265,720:orang.

Related posts

Leave a Comment