Vietnam tangguh Sukan SEA

VIETNAM menangguhkan acara Sukan SEA ke-31 yang dijangka berlangsung dari 21 November hingga 2 Disember ini di Hanoi kepada tahun depan berikutan pandemik Covid-19.

Penangguhan itu disebabkan banyak daripada acara Sukan SEA dijangka diadakan di kawasan yang teruk terjejas oleh jangkitan baharu.

Menurut anggota Majlis Sukan dan timbalan setiausaha Jawatankuasa Olimpik Thai Varin Tansuphasiri, Vietnam merancang untuk menjadi tuan rumah untuk acara tersebut pada April atau Mei tahun depan.

Pengumuman tersebut dibuat selepas Vietnam mengumumkan bahawa sembilan juta orang di Bandar Ho Chi Minh akan menjalani perintah berkurung selama dua minggu.

Banyak kawasan termasuk di wilayah industri Bac Ninh dan Bac Giang, di mana acara sukan itu dijangka berlangsung terjejas berikutan pandemik itu.

Vietnam telah mencatat hampir 23,500 jangkitan dan 105 kematian.

Related posts

Leave a Comment