Covid-19 : Singapura bantu Indonesia

SINGAPURA 9 Julai – Singapura hari ini menghantar bantuan bekalan perubatan dan peralatan ke Indonesia bagi membantu negara jiran itu yang sedang dibadai pandemik Covid-19.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), dua pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) berangkat ke Indonesia pagi ini.

Bekalan yang dihantar adalah tank dan alat penumpu oksigen, alat pernafasan dan alat perlindungan peribadi seperti pelitup pembedahan, pelitup N97, sarung tangan dan pakaian perlindungan.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan menyerahkan bekalan perubatan dan peralatan Covid-19 kepada Duta Indonesia Suryo Pratomo di Pangkalan Udara Paya Lebar bersama rakan sekerja dari Kementerian Pertahanan Singapura (Mindef).

Related posts

Leave a Comment