Semak status sebelum ke luar negara

BUKIT KAYU HITAM 16 Sept. – Jabatan Imigresen mengesan 20 kes berkaitan tunggakan cukai (LHDN), sembilan kes membabitkan isu kastam dan 10 kes pasport rosak menyebabkan mereka gagal melepasi sempadan negara.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain, berkata hasrat kumpulan rakyat Malaysia itu yang mahu bercuti ke Thailand semalam terbantut apabila gagal melepasi pemeriksaan Imigresen di sempadan kerana dalam senarai hitam.

“Untuk elak kekecewaan di saat akhir, kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyemak status perjalanan mereka di portal Sistem Semakan Status Perjalanan Imigresen (SSPI) sebelum membuat sebarang perancangan ke luar negara.

“Anda hanya perlu memasukkan nombor Mykad untuk mengetahui jika ada sebarang sekatan yang dikenakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ridzzuan berkata, dalam suasana musim cuti sekolah ini, semakan awal status perjalanan menjadi langkah penting bagi memastikan percutian yang dirancang tidak terganggu oleh perkara-perkara yang boleh dielakkan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment