Gelombang keempat akhir Julai?

PARIS: Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Veran menggesa seramai mungkin penduduk mendapatkan suntikan vaksin dengan segera dalam usaha mengekang jangkitan Covid-19 terutama dengan kehadiran varian Delta.

“Dalam tempoh lima hari (kadar jangkitan) tidak turun, ia semakin meningkat. Disebabkan varian Delta yang mudah menular. Contoh di Britain menunjukkan gelombang keempat mungkin berlaku bermula akhir Julai.

“Kita mesti bergerak lebih cepat (program vaksinasi). Negara mengejar masa,” katanya menerusi Twitter.

Beliau memberi amaran negara itu bakal menuju gelombang keempat penularan Covid-19 menjelang akhir bulan ini susulan varian Delta yang lebih mudah tersebar.

Related posts

Leave a Comment