R-naught Pahang tertinggi

PUTRAJAYA 5 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia mencatat penurunan dengan 1.06 pada Ahad berbanding 1.07 pada Sabtu.

Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu

Pahang dan Putrajaya masing-masing dengan kadar kebolehjangkitan tertinggi iaitu 1.17 diikuti Melaka dan Selangor yang masing-masing mencatatkan 1.12 serta 1.08.

Kedah (1.05), Perak dan Pulau Pinang 1.04, Sabah 1.02,

Enam negeri mencatat kadar R-naught di bawah 1.0 iaitu Negeri Sembilan 0.97, Johor dan Labuan  0.91, Sarawak 0.90, Terengganu 0.88 dan Kelantan 0.82.

Perlis pula mencatat sifar kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment