Kadar R-naught Pahang tertinggi

PUTRAJAYA 4 Julai – Pahang mencatat kadar kebolehjangkitan (R-naught) tertinggi dengan 1.24 mengatasi purata kebangsaan 1.07 pada Sabtu, sama seperti Jumaat.

Paras ini menunjukkan trend peningkatan walaupun negara dalam sekatan pergerakan penuh.

Untuk rekod kadar kebolehjangkitan terendah yang dicatatkan sepanjang sekatan pergerakan penuh ialah 0.90 pada 12 Jun. Bagaimanapun nilai tersebut meningkat selama lebih tujuh hari berturut-turut sejak 25 Jun lalu.

Negeri yang turut mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya yang mencatatkan 1.16 diikuti Melaka 1.12, Selangor 1.08 dan Kuala Lumpur 1.04 Pulau Pinang 1.02 dan Sabah 1.01.

Ini diikuti Kedah. 0.99, Negeri Sembilan 0.98, Perak 0.95, Labuan dan Sarawak masing-masing 0.93, Johor 0.92, Kelantan 0.80 dan Terengganu 0.77.

Perlis satu-satunya negeri mencatatkan dua kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment