3.16 bilion sudah disuntik vaksin

LEBIH 3.16 bilion dos vaksin Covid-19 didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat pagi ini, 4 Julai.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1.28 bilion dos diikuti India 344 juta dos dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 328 juta dos.

Brazil merekodkan lebih 90 juta, United Kingdom lebih 79 juta dos, Jerman 75 juta dos, Perancis dan Itali dengan 54 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 44 juta dos, diikuti Filipina pula melebihi 10 juta dos.

Ini diikuti Malaysia dengan lebih 8.5 juta dos dan Singapura dengan lebih 5.5 juta dos.

Related posts

Leave a Comment