Keberkesanan Bharat Biotech 93.4 peratus

NEW DELHI: Ujian fasa tiga vaksin buatan India, Bharat Biotech, menunjukkan keberkesanan 93.4 peratus terhadap simptomatik Covid-19 yang teruk.

Dengan penemuan itu dijangka dapat meningkatkan penerimaan orang ramai terhadap Covaxin.

Data menunjukkan perlindungan 65.2 peratus terhadap varian Delta yang pertama kali dikesan di India dan menyebabkan lonjakan kes pada April dan Mei lalu.

Vaksin buatan India itu juga menunjukkan keberkesanan 77.8 peratus terhadap Covid-19 tanpa gejala ketika ujian klinikal.

Ketika ini, syarikat Ocugen yang bersama membangunkan vaksin Covaxin dengan Bharat Biotech memohon kelulusan daripada Amerika Syarikat.

Bharat Biotech kini menganggarkan ia akan menghasilkan 23 juta dos sebulan.

Related posts

Leave a Comment