Solat Jumaat 40 orang di Terengganu

KUALA TERENGGANU 1 Julai – Mulai esok, Terengganu membenarkan solat Jumaat di masjid serta surau dengan bilangan jemaah seramai 40 orang, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Osman Muda.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tersebut.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan berdasarkan situasi semasa Covid-19 namun mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Begitu juga dengan solat sunat Aidiladha, syaratnya sama seperti pelaksanaan solat Jumaat. Kesemua 40 jemaahnya mestilah lelaki, ahli kariah yang bermastautin kecuali individu yang mendapat kebenaran khas dari Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi solat fardhu, masih kekal hanya 12 orang dibenarkan.

Selain itu, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau masih tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran MAIDAM.

Pelaksanaan ibadah korban dan akikah dibenarkan sama ada di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veteriner Terengganu (JPV) atau rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan JPV, pekarangan masjid, surau dan di kawasan lapang seperti padang dengan kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Jumlah haiwan korban dihadkan kepada lima ekor sehari di sesuatu kawasan kecuali di rumah penyembelihan yang dibenarkan manakala petugas  tidak melebihi 10 orang dan kesihatan mereka memuaskan.

Related posts

Leave a Comment