Operasi Hotel Istana berakhir

KUALA LUMPUR 1 Julai – Selepas 29 tahun beroperasi, Hotel Istana Kuala Lumpur mengumumkan akan menamatkan operasi pada September ini.

Berdasarkan sepucuk surat bertarikh 30 Jun 2021 yang ditandatangani pengurus besar hotel Noorazzudin Omar, pihak pengurusan tiada pilihan selain menutup operasi hotel bertaraf lima bintang itu.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa pihak pengurusan Hotel Istana akan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada para pekerja.

Kami sudah capai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.

“Dengan rasa dukacita kami ingin memaklumkan keputusan untuk menutup operasi kami dijangka pada 1 September 2021,” kata surat itu.

Related posts

Leave a Comment