Perancis kenakan kos saringan pelawat

PARIS: Mulai 7 Julai, pelancong asing yang mengunjungi Perancis perlu membayar kos ujian saringan Covid-19, langkah timbal balik berikutan pelancong Perancis juga perlu membayar kos yang sama jika berkunjung ke kebanyakan negara lain.

Menurut laporan media tempatan, kos yang dikenakan adalah 49 Euro (AS$58) bagi ujian PCR dan 29 Euro (AS$34) ujian antigen.

Bagi pelancong asing yang tiba dari negara ‘senarai merah’, mereka perlu menunjukkan bukti keputusan PCR atau antigen negatif yang diambil kurang daripada 48 jam sebelum berangkat, dan akan diuji sekali lagi sejurus tiba.

Negara senarai merah itu termasuk Afghanistan, Argentina, Bahrain, Bangladesh, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Costa Rica, India, Maldives, Nepal, Pakistan, Paraguay, Afrika Selatan, Sri Lanka, Suriname dan Uruguay.

Begitu juga Namibia, Rusia dan Seychelles telah ditambah dalam senarai itu.

Pelancong yang telahpun divaksinasi dari negara-negara itu kemudiannya perlu kuarantin kendiri selama tujuh hari, manakala pelancong yang belum menerima vaksin perlu menjalani kuarantin mandatori 10 hari.

Related posts

Leave a Comment