PUTRAJAYA 24 Jun – Sebanyak 252,773 suntikan vaksin direkodkan semalam 23 Jun yang membabitkan 174,448 dos pertama manakala selebihnya 78,325 dos kedua. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), angka itu menjadikan jumlah kumulatif vaksinasi di seluruh negara 6.55 juta dos. Setakat ini, jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama 4.75 juta (14.5 peratus) manakala mereka yang sudah lengkap dos kedua adalah 1.805 juta (5.5 peratus). Negeri yang mencatat penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih 982,000 dos, diikuti Selangor lebih 969,000 dos, Sarawak lebih 965,000…
Read MoreMonth: June 2021
Kadar R-naught Covid-19 meningkat
PUTRAJAYA 24 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia kembali mencatat trend meningkat iaitu ke paras 0.97 pada Rabu berbanding 0.96 pada hari sebelumnya. Dua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan yang merekodkan R-naught tertinggi dengan 1.05, diikuti Sarawak dengan 1.0. Lain-lain negeri mencatat kadar sama atau lebih rendah dari purata kebangsaan termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Johor, Melaka, Perak, Sabah dan Labuan. Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Putrajaya mencatat purata bawah 0.9. Perlis satu-satunya negeri yang mencatatkan satu kes baharu Covid-19. Setakat ini, kadar kebolehjangkitan…
Read MoreDarurat New York berakhir
NEW YORK: Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak Mac 2020 susulan pandemik Covid-19 di negeri itu ditamatkan mulai Khamis. Bagaimanapun, katanya beberapa garis panduan yang ditetapkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) masih lagi berkuat kuasa termasuk penggunaan pelitup muka. Ini termasuk penggunaan pelitup muka dalam pengangkutan awam, persekitaran tempat tinggal, beberapa institusi dan kerajaan tempatan. Sebanyak 70 peratus penduduk New York sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 sekali gus menyaksikan beberapa sekatan dilonggarkan di negeri itu.
Read MorePengembara cemaskan penduduk NZ
HANYA kerana seorang pengembara Australia yang positif Covid-19, wilayah Wellington, New Zealad diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di bawah Tahap 2 mulai 6 petang semalam (23 Jun) sehingga 11.59 malam 27 Jun. Pengembara dari Sydney itu melawat negara berkenaan mulai 19 hingga 21 Jun dan dikesan positif sebelum berlepas pulang. Berikutan kes itu, selepas hampir empat bulan bebas daripada jangkitan Covid-19, penduduk New Zealand kini bimbang selepas pihak berkuasa kesihatan mengambil pendekatan berjaga-jaga dan sedia dengan strategi mengekang penularan wabak. New Zealand merupakan antara negara yang berjaya dalam membendung penularan Covid-19…
Read MoreLengkap 2 dos boleh solat Aidiladha
KOTA KINABALU 24 Jun – Sabah membenarkan solat sunat Aidiladha serta pelaksanaan ibadat korban dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan syarat yang ditetapkan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun berkata bagi solat sunat, kapasiti dibenarkan satu pertiga daripada keluasan dewan utama solat atau 50 orang jemaah atau mana yang lebih rendah. Ia juga tertakluk dengan syarat iaitu bagi mereka yang telah melengkapkan dua dos vaksin sahaja, serta syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama serta tertakluk kepada situasi semasa pandemik Mengenai pelaksanaan ibadat korban, beliau…
Read MoreVarian Delta dijangka dominan di AS
WASHINGTON: Varian Delta dijangka menjadi dominan di negara itu dalam beberapa minggu akan datang, kata Pengarah Institut Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci. Ketika ini, 20 peratus daripada kes baharu dikesan disebabkan varian itu yang menular dengan lebih pantas dan Fauci menyifatkan ia sebagai laporan yang membimbangkan. “Kita tahu daripada pengalaman negara United Kingdom, di mana berlaku penularan lebih meluas di sana. Ia berubah daripada varian biasa kepada lebih 90 peratus kes diasingkan di UK. “Jadi, dalam tempoh dua minggu akan datang, anda dapat jangkakan…
Read More2.72 bilion sudah disuntik
LEBIH 2.72 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga Rabu dengan China terus mendahului dengan lebih 1.07 bilion dos vaksin. Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat merekodkan 319 juta dos, manakala India dengan 294 juta dos vaksin. Brazil melebihi 80 juta dos dan United Kingdom melebihi 75 juta, Jerman dengan 68 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 48 dan 47 juta dos. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 36 juta, mengatasi Filipina dan Thailand yang melebihi 8 juta…
Read MoreBerita pilihan….
Media Hari Ini 24.06.2021
Jumlah kes Saudi turun sedikit
RIYADH 23 Jun – Arab Saudi buat hari ketiga berturut-turut terus merekodkan lebih 1,200 kes baharu Covid-19, dengan mencatatkan 1,253 kes, kurang daripada 1,479 yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah 13 orang sementara 11,328 kes masih aktif di mana 1,472 dalam keadaan kritikal. Dengan perkembangan ini jumlah kumulatif kes yang dilaporkan Arab Saudi kini meningkat kepada 478,135 kes manakala kematian pula 7,716 orang. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 459,091 orang termasuk 1,043 orang yang dilaporkan pulih hari ini. Makkah merekodkan kes hariian…
Read More