Kadar R-naught Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 24 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia kembali mencatat trend meningkat iaitu ke paras 0.97 pada Rabu berbanding 0.96 pada hari sebelumnya.

Dua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan yang merekodkan R-naught tertinggi dengan 1.05, diikuti Sarawak dengan 1.0.

Lain-lain negeri mencatat kadar sama atau lebih rendah dari purata kebangsaan termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Johor, Melaka, Perak, Sabah dan Labuan.

Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Putrajaya mencatat purata bawah 0.9.

Perlis satu-satunya negeri yang mencatatkan satu kes baharu Covid-19.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.

Related posts

Leave a Comment