2.72 bilion sudah disuntik

LEBIH 2.72 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga Rabu dengan China terus mendahului dengan lebih 1.07 bilion dos vaksin.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat merekodkan 319 juta dos, manakala India dengan 294 juta dos vaksin.

Brazil melebihi 80 juta dos dan United Kingdom melebihi 75 juta, Jerman dengan 68 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 48 dan 47 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 36 juta, mengatasi Filipina dan Thailand yang melebihi 8 juta dos.

Ini diikuti Malaysia di tangga keempat dengan lebih 6.3 juta dos dan Singapura di tangga kelima dengan lebih 5 juta dos.

Related posts

Leave a Comment