Darurat New York berakhir

NEW YORK: Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak Mac 2020 susulan pandemik Covid-19 di negeri itu ditamatkan mulai Khamis.

Bagaimanapun, katanya beberapa garis panduan yang ditetapkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) masih lagi berkuat kuasa termasuk penggunaan pelitup muka.

Ini termasuk penggunaan pelitup muka dalam pengangkutan awam, persekitaran tempat tinggal, beberapa institusi dan kerajaan tempatan.

Sebanyak 70 peratus penduduk New York sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 sekali gus menyaksikan beberapa sekatan dilonggarkan di negeri itu.

Related posts

Leave a Comment