R-naught tinggi di lima negeri

PUTRAJAYA 30 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 kembali melonjak dengan lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan yang berada di paras 1.04 berbanding 1.0 pada 28 Jun.

Pahang mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.17 diikuti Putrajaya 1.11, Melaka 1.10, Perak 1.09 dan Negeri Sembilan 1.08.

Di bawah purata kebangsaan pula adalah Selangor 1.02, Kuala Lumpur 1.08, Kedah 0.97, Sarawak 0.91, Labuan 0.93, Johor 0.91 dan Sabah 0.90.

Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu mencatat kadar R-naught di bawah 0.90 manakala Perlis pula tidak merekodkan kes baharu.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu dan tertinggi dicatatkan ialah pada  kadar 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment