R-naught turun kepada 1.19

PUTRAJAYA 17 Julai – Selepas empat hari, kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) Covid-19 di Malaysia mencatat penurunan, 1.19 pada Jumaat berbanding 1.20 hari sebelumnya.

Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan di mana Putrajaya dengan kadar tertinggi iaitu 1.31, diikuti Terengganu 1.25, Negeri Sembilan 1.21 dan Kedah 1.20.

Sembilan negeri mencatat kadar antara 1.19 dan 1.08 iaitu Selangor 1.19, Melaka 1.18, Kuala Lumpur 1.17, Kelantan 1.11, Pahang dan Perak masing-masing 1.10, Sabah 1.09 dan Johor 1.08.

Nilai Rt Sarawak pula mencatatkan 0.92 dan Labuan 0.76 sementara Perlis merekodkan 7 kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, yang tertinggi 1.21 pada 23 Mei.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment