Belum hantarp

RIYADH 29 Jun – Arab Saudi hari ini merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 yang telah melepasi angka 1,500 berbanding jumlah sebelum ini antara 1,200 hingga 1,300 kes sehari. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang disahkan setakat ini adalah sebanyak 486,106. Sebanyak 15 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,804 orang. Jumlah kes sembuh pula, mencatatkan 1,032 orang dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 466,578 kes. Makkah merekodkan 403, diikuti Riyadh  328, Timur 328, dan Asir 173.

Read More

Sekatan bagi pengembara ke Labuan

KUALA LUMPUR 29 Jun – Kerajaan bersetuju untuk mengenakan beberapa sekatan tambahan bagi kemasukan pengembara ke Labuan ekoran situasi semasa Covid-19, kata Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob. Mulai 1 Julai pengembara wajib menjalani ujian RT-PCR Covid-19 tiga hari sebelum memasuki Labuan, kuarantin wajib pengembara di mana penduduk asal Labuan perlu menjalani kuarantin 10 hari di rumah. Beliau turut menjelaskan, bagi penjawat awam yang memasuki Labuan, mereka perlu menjalani kuarantin 10 hari di rumah atau hotel. Bagi pelawat asing dari luar negara pula, mereka perlu menjalani kuarantin 14 hari di…

Read More

Murung dorong kes bunuh diri

PUTRAJAYA 29 Jun – Pandemik Covid-19 memberi impak ketara ke atas kesihatan mental apabila jumlah kes bunuh diri sepanjang tahun lalu, meningkat kepada 631 kes berbanding 609 kes pada 2019. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 366 kes bunuh diri dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketika dalam keadaan stress (tekanan) yang melampau serta isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai. Dalam kenyataannya hari ini, jika…

Read More

Kes jangkitan kembali kepada 6,000

PUTRAJAYA 29 Jun – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 kembali kepada angka 6,000:hari ini dengan merekodkan 6,437 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 745,703 kes. Kali terakhir angka 6,000 dicatatkan adalah pada 18 Jun lalu dengan 6,440 manakala kes tertinggi pada 30Mei lalu sebanyak 6,999 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan sebanyak 5,298 kes sembuh dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 677,751. Daripada 6,437 kes baharu, sebanyak 14 kes import dilaporkan melibatkan tiga warganegara dan 11 bukan warganegara manakala kes tempatan melibatkan 6,423 kes iaitu 4,672 warganegara dan…

Read More

1.4 juta kes positif di Filipina

MANILA 29 Jun – Setakat pukul 4 petang ini, Filipina telah merekodkan 1,408,058 kes jangkitan Covid-19 termasuk 4,479 kes baharu yang dilaporkan hari ini. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 6,471 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada peningkatan kes pulih sebanyak 1,333,464 atau 94.7 peratus Sebanyak 101 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 24,557 orang. Kes aktif pula sebanyak 50,037.

Read More

KL, Selangor catat peningkatan

PUTRAJAYA 29 Jun – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan jangkitan Covid-19 dengan 1,361 kes ketika Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi merekodkan kes harian iaitu sebanyak 2,299. Berbanding semalam, Kuala Lumpur merekodkan 469 kes sementara Selangor mencatatkan 1,989 kes. Perlis pula satu-satunya negeri yang sifar kes berbanding lima kes yang direkodkan semalam. Turut mencatatkan kenaikan adalah Negeri Sembilan menjadi 700 kes berbanding 629 semalam diikuti Kedah 284 (194), Johor 271 (243), Melaka 252 (183), Pahang 250 (111), Kelantan 131 (101), Wilayah Persekutuan Labuan 117 (108), Pulau Pinang 115 (88),…

Read More

Thailand lapor 4,662 kes

BANGKOK 29 Jun – Bangkok mendahului wilayah lain merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu 1,692 menjadikan jumlah keseluruhan kes harian Thailand hari ini sebanyak 4,662. Samut Prakan pula merekodkan 647 kes, Samut Sakhon 293, Nonthaburi 185, Songkhla 182, Pathum Thani 180, Nakhon Pathom 168, Chon Buri 146, Pattani 143 dan Yala 89. Enam wilayah tidak merekodkan sebarang kes iaitu Maha Sarakham, Lamphun, Trat, Yasothon, Mae Hong Son dan Mukdahan. Daripada jumlah kes yang direkodkan hari ini, sebanyak 4,634 adalah kes jangkitan tempatan termasuk 10 berkaitan penjara manakala 28 lagi adalah kes…

Read More

Istana ulangi bersidang secepat mungkin

KUALA LUMPUR 29 Jan – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ditetapkan kerajaan dan Parlimen. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan. Dalam kenyataan Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda juga menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa Pilihan Parlimen…

Read More

7,5931,179 dos vaksin PICK

PUTRAJAYA 29 Jun – Sebanyak 7,593,179 dos vaksin telah diberikan di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Beliau berkata daripada jumlah itu,  penerima dos pertama ialah 5,463,128 orang dan 2,130,051 orang telah melengkapi dua dos vaksinasi. Semalam sebanyak 197,274 dos vaksin Covid-19 telah diberikan. Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 275,098 orang, diikuti Sarawak (240,232), Johor (224,441), Perak (195,469) dan Sabah (180,825).

Read More