Belum hantarp

RIYADH 29 Jun – Arab Saudi hari ini merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 yang telah melepasi angka 1,500 berbanding jumlah sebelum ini antara 1,200 hingga 1,300 kes sehari.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang disahkan setakat ini adalah sebanyak 486,106.

Sebanyak 15 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,804 orang.

Jumlah kes sembuh pula, mencatatkan 1,032 orang dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 466,578 kes.

Makkah merekodkan 403, diikuti Riyadh  328, Timur 328, dan Asir 173.

Related posts

Leave a Comment