Thailand lapor 4,662 kes

BANGKOK 29 Jun – Bangkok mendahului wilayah lain merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu 1,692 menjadikan jumlah keseluruhan kes harian Thailand hari ini sebanyak 4,662.

Samut Prakan pula merekodkan 647 kes, Samut Sakhon 293, Nonthaburi 185, Songkhla 182, Pathum Thani 180, Nakhon Pathom 168, Chon Buri 146, Pattani 143 dan Yala 89.

Enam wilayah tidak merekodkan sebarang kes iaitu Maha Sarakham, Lamphun, Trat, Yasothon, Mae Hong Son dan Mukdahan.

Daripada jumlah kes yang direkodkan hari ini, sebanyak 4,634 adalah kes jangkitan tempatan termasuk 10 berkaitan penjara manakala 28 lagi adalah kes import.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 36 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kematian meningkat kepada 1,970 orang.

Bangkok merekodkan 19 kematian diikuti tujuh di Nonthaburi, masing-masing dua di Nakhon Pathom dan Chiang Rai, dan setiap satu di Samut Sakhon, Samut Prakan, Chon Buri, Songkhla, Prachin Buri danSamut Songkhram.

Bagi kes import pula, 26 melibatkan warga Thai yang pulang dari Kemboja, manakala dua lagi dari Afrika Selatan dan Arab Saudi.

Semalam, Isnin, 2,793 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 205,064 orang. Jumlah yang menerima rawatan pula 1,846 orang  dan 527 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment