KL, Selangor catat peningkatan

PUTRAJAYA 29 Jun – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan jangkitan Covid-19 dengan 1,361 kes ketika Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi merekodkan kes harian iaitu sebanyak 2,299.

Berbanding semalam, Kuala Lumpur merekodkan 469 kes sementara Selangor mencatatkan 1,989 kes.

Perlis pula satu-satunya negeri yang sifar kes berbanding lima kes yang direkodkan semalam.

Turut mencatatkan kenaikan adalah Negeri Sembilan menjadi 700 kes berbanding 629 semalam diikuti Kedah 284 (194), Johor 271 (243), Melaka 252 (183), Pahang 250 (111), Kelantan 131 (101), Wilayah Persekutuan Labuan 117 (108), Pulau Pinang 115 (88), dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 32 (8).

Perak yang merekodkan 400 kes semalam, hari ini turun kepada 184 kes, Sarawak mencatatkan 242 (409), Sabah 178 (258) dan Terengganu 21 (23).

Related posts

Leave a Comment