Sekatan bagi pengembara ke Labuan

KUALA LUMPUR 29 Jun – Kerajaan bersetuju untuk mengenakan beberapa sekatan tambahan bagi kemasukan pengembara ke Labuan ekoran situasi semasa Covid-19, kata Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob.

Mulai 1 Julai pengembara wajib menjalani ujian RT-PCR Covid-19 tiga hari sebelum memasuki Labuan, kuarantin wajib pengembara di mana penduduk asal Labuan perlu menjalani kuarantin 10 hari di rumah.

Beliau turut menjelaskan, bagi penjawat awam yang memasuki Labuan, mereka perlu menjalani kuarantin 10 hari di rumah atau hotel.

Bagi pelawat asing dari luar negara pula, mereka perlu menjalani kuarantin 14 hari di hotel.

Pemandu dan pekerja yang mempunyai Kad Harian Transporter bagi tujuan keluar masuk Labuan secara harian diwajibkan mengambil RT-PCR setiap dua minggu dan wajib menjalani ujian RTK Antigen setiap minggu.

“Sign on dibenarkan untuk rakyat tempatan dan wajib menjalani kuarantin 14 hari dengan satu ujian RT-PCR pada hari kesepuluh. Prosedur kemasukan ke Labuan adalah terpakai sepenuhnya. Keutamaan diberikan kepada individu yang telah mengambil vaksin Covid-19.

“Sign off pula dibenarkan dengan 14 hari kuarantin dan wajib menjalani satu ujian RT-PCR,” katanya.

Related posts

Leave a Comment