1.4 juta kes positif di Filipina

MANILA 29 Jun – Setakat pukul 4 petang ini, Filipina telah merekodkan 1,408,058 kes jangkitan Covid-19 termasuk 4,479 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 6,471 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada peningkatan kes pulih sebanyak 1,333,464 atau 94.7 peratus

Sebanyak 101 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 24,557 orang.

Kes aktif pula sebanyak 50,037.

Related posts

Leave a Comment