1,849 kes jangkitan di Filipina

MANILA 29 Jan. – Sebanyak 1,849 kes jangkitan Covid-19 direkodkan di Filipina setakat pukul 4 petang ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 521,413.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), pada masa yang sama 48 lagi pesakit meninggal dunia dan ini meningkatkan jumlah kematian kepada 10,600 orang.

DoH juga merekodkan 177 kes sembuh yang membawa kepada jumlah pesakit pulih setakat ini sebanyak 475,765 atau 91.2 peratus sementara kes aktif pula 35,048.

Sementara itu, Filipina akan melonggarkan larangan kemasukan pelancong dari lebih 30 negara dan wilayah bermula Februari.

Larangan kemasukan pelancong asing dari 36 negara dan wilayah, termasuk Britain, China dan Amerika Syarikat, berakhir pada 31 Januari.

Bagaimanapun, warga asing yang dilarang masuk ke Filipina di bawah arahan sebelum ini, termasuk mereka yang memiliki visa pelancong, masih tertakluk kepada larangan itu.

Pelancong yang dibenarkan masuk masih perlu menjalani kuarantin 14 hari.

Related posts

Leave a Comment