Operasi secara berperingkat

LOJI Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula secara berperingkat bermula 10.30 malam semalam, 4 September 2020.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, keempat-empat LRA ini mengambil masa 10 jam untuk aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA.

Ini bagi membolehkan operasi penuh berjalan dengan mengisi kolam imbangan sehingga ke paras 4 meter yang dijangka selesai pada 8.30 pagi ini sebelum ia dapat diagihkan kepada pengguna.

Related posts

Leave a Comment