Satu lagi kes import di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 18 Jun – Satu lagi kes import dilaporkan di Brunei Darussalam setakat tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 seramai 251 orang.

Kes melibatkan seorang lelaki berumur 52 tahun yang tiba ke negara ini dari Indonesia melalui Singapura pada 4 Jun lalu..

Menurut Kementerian Kesihatan, lelaki itu tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan dan tiada kontak rapat setelah dikuarantin sebaik tiba di negara ini.

Ini merupakan kes import yang ke 110 dicatatkan, iaitu sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan. 

Brunei Darussalam mencatatkan 407 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan Covid-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

Sementara itu satu kes aktif sembuh semalam manakala tujuh lagi masih menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan dalam keadaan yang baik menjadikan keseluruhan kes yang sembuh setakat ini 241 orang.

Seramai 663 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 20,115 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Related posts

Leave a Comment