AS$3.2 bilion bangun pil Covid-19

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan memperuntukan AS$3.2 bilion dalam usaha untuk membangunkan pil antiviral bagi merawat Covid-19, kata Pengarah Institut Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci.

Katanya, peruntukan dana itu merupakan sebahagian daripada program antiviral dalam membendung pandemik bagi merawat gejala apabila dijangkiti virus berbahaya seperti koronavirus.

Vaksin merupakan senjata utama dalam usaha memerangai Covid-19 tetapi penting untuk membangun antiviral bagi menyokong vaksin terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi di mana vaksin sahaja tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya.

“Program ini akan menghimpunkan para saintis dan pemain industri untuk mempercepatkan pembangunan ubat antiviral baharu. Ia juga disasarkan untuk merawat pandemik lain,” jelasnya.

Bagaimanapun, Fauci berkata, ubat antiviral yang boleh merawat simptom selepas dijangkiti sedang dibangunkan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini. Ia adalah berdasarkan kepada keputusan ujian klinikal.

Related posts

Leave a Comment