Kes harian 5,738, 60 kematian

PUTRAJAYA 17 Jun – Kes harian positif Covid-19 meningkat kepada 5,738 berbanding 5,150 semalam menjadikan jumlah keseluruhan. 678,764 kes.

Daripada jumlah itu, 5,735 adalah kes tempatan melibatkan 4,522 warganegara dan 1,213 bukan warganegara manakala tiga kes import melibatkan bukan warganegara.

Bagaimanapun jumlah kematian pula berkurangan daripada 73 kes semalam kepada 60 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 4,202 kematian.

Selangor merekodkan 20 kes kematian diikuti 10 di Negeri Sembilan, sembilan di Johor, masing-masing empat di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, tiga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,masing-masing dua di Sarawak, Melaka, dan Kedah,serta masing-masing satu di Kelantan, Perak, Terengganu, dan Pulau Pinang.

Kes sembuh meningkat kepada 608,465 selepas 7,530 lagi pesakit dilaporkan sembuh hari ini sementara kes aktif 66,097.

Sebanyak 909 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 441 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kluster pula meningkat kepada 2,557 berikutan 25 lagi kluster baharu dilaporkan. Bagaimanapun 1,762 kluster telah tamat dan 795 masih aktif.

Related posts

Leave a Comment