Arab Saudi tambah kes baharu

RIYADH 17 Jun – Arab Saudi terus merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila mencatatkan 1,309; kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 470,723. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 14 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada peningkatan kumulatif iaitu 7,635. Dalam tempoh 24 jam sebanyak 1,022 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah keseluruhan 452,209. Sementara itu Makkah mencatatkan kes tertinggi dengan jumlah kes 388, diikuti Riyadh 265, dan Timur 235, dan Asir 115.. Jumlah kes aktif pula sebanyak 10,879 dan 1,533 dalam keadaan kritikal.

Read More

Lonjakan kes di Indonesia

JAKARTA 17 Jun – Kes positif baharu Covid-19 di Indonesia melonjak kepada lebih 12,000 kes apabila merekodkan 12,624 kes, meningkat berbanding 9,944 yang direkodkan semalam. Menurut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat ini adalah 1,950,276 kes dengan kes aktif 125,303. Pada masa yang sama 277 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 53,753 orang. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, jumlah mereka yang sembuh adalah 7,350 orang, menjadikan jumlah keseluruhan 1,771,220 orang. Lima wilayah merekodkan kes sembuh harian…

Read More

PKPD di 9 rumah panjang

KUALA LUMPUR 17 Jun – Sembilan rumah panjang di Sungai Rassau, Batang Igan, Matu di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 19 Jun sehingga 2 Julai depan berikutan penularan Covid-19. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 48 kes positif dikenal pasti di kawasan tersebut hasil daripada saringan membabitkan 84 penghuni. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, rumah panjang yang terlibat ialah Rumah Panjang Salim anak Unang; Rumah Panjang Judy anak Kudi; Rumah Panjang Mathew anak Merang; Rumah Panjang Danggang anak Ujang; Rumah Panjang Lait anak Ijang;…

Read More

Kes harian 5,738, 60 kematian

PUTRAJAYA 17 Jun – Kes harian positif Covid-19 meningkat kepada 5,738 berbanding 5,150 semalam menjadikan jumlah keseluruhan. 678,764 kes. Daripada jumlah itu, 5,735 adalah kes tempatan melibatkan 4,522 warganegara dan 1,213 bukan warganegara manakala tiga kes import melibatkan bukan warganegara. Bagaimanapun jumlah kematian pula berkurangan daripada 73 kes semalam kepada 60 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 4,202 kematian. Selangor merekodkan 20 kes kematian diikuti 10 di Negeri Sembilan, sembilan di Johor, masing-masing empat di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, tiga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,masing-masing dua di Sarawak, Melaka,…

Read More

6,637 kes baharu di Filipina

MANILA 17 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 6,637 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,339,457 kes. Setakat pukul 4 petang ini, Doh juga mencatatkan 155 orang pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 23,276. Pada masa yang sama, sebanyak 4,585 kes sembuh dilaporkan dan ini meningkatkan jumlah pulih kepada 1,257,774 atau 93.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 58,407.

Read More

3,129 kes baharu di Thailand

BANGKOK 17 Jun – Thailand merekodkan 3,129 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes meningkat kepada 207,724. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 30 kematian juga dilaporkan yang membawa kepada 1,555 orang meninggal dunia. Kes baharu itu termasuk kes jangkitan tempatan, 23 kes import dan 457 kes berkaitan penjara. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 4,651 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital sekaligus menjadikan jumlah pulih meningkat kepada 172,316 orang. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) pula melaporkan kes kematian melibatkan 18 lelaki dan 12 wanita yang berumur antara…

Read More

Singapura catat 27 kes baharu

SINGAPURA 17 Jun – Sebanyak 27 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 62,366 kes dan 34 kematian. Daripada jumlah itu, 20 adalah kes dalam masyarakat di mana 18 adalah jangkitan yang dikaitkan dengan kes terdahulu dan dua lagi tiada kaitan. Menurut Kementerian Kesihatan, 13 daripada 18 kes telah dikuarantin sebelum ini dan lima dikesan melalui proses pengawasan. Tujuh kes import pula melibatkan tiga warganegara atau penduduk tetap dan sudah dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di negara ini. Tiada…

Read More

Negeri Sembilan catat peningkatan

PUTRAJAYA 17 Jun – Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini dengan merekodkan 1,086 kes berbanding 607 semalam menjadikan negeri kedua selepas Selangor merekodkan kes harian tertinggi. Walaupun Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 1,858 tetapi menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,914 semalam menjadikan jumlah kumulatif 222,249. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan kenaikan iaitu 641 berbanding 480 semalam, Sarawak 559 (570), Johor 449 (392), Sabah 248 (184), Melaka 184 (152), dan Terengganu 77 (56), Negeri yang mencatatkan penurunan adalah Kedah 197 (228), Kelantan 154 (230), Pulau Pinang 97 (99),…

Read More

5.108 juta dos sudah disuntik

PUTRAJAYA 17 Jun –  Jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 negara terus melepasi sasaran 200,000 apabila merekodkan 204,839 dos suntikan semalam. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), ia membabitkan 196,775 dos pertama manakala selebihnya 8,064 dos kedua. Menurut JKJAV, pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 5.108 juta dos. Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama 3.632 juta manakala dos kedua 1.476 juta. Negeri yang mencatatkan penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih 750,000 dos, diikuti Selangor dengan lebih 730,000 dos. Negeri…

Read More

PH minta PM jangan berlengah

KUALA LUMPUR 17 Jun – Buka Parlimen secepat mungkin atau undur diri. Itu tajuk kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang menggesa Perdana Menteri menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah supaya mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin. “Sekiranya Perdana Menteri terus berlengah atau memberi alasan untuk melewatkan sidang Parlimen, ia bukan sahaja bermaksud beliau telah mengetepikan pandangan Tuanku itu, malah ia memberi gambaran bahawa Perdana Menteri telah hilang keyakinan untuk terus mentadbir,” kata kenyataan itu. Dalam kenyataan bersama, Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara…

Read More