6,637 kes baharu di Filipina

MANILA 17 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 6,637 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,339,457 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, Doh juga mencatatkan 155 orang pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 23,276.

Pada masa yang sama, sebanyak 4,585 kes sembuh dilaporkan dan ini meningkatkan jumlah pulih kepada 1,257,774 atau 93.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 58,407.

Related posts

Leave a Comment