Singapura catat 27 kes baharu

SINGAPURA 17 Jun – Sebanyak 27 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 62,366 kes dan 34 kematian.

Daripada jumlah itu, 20 adalah kes dalam masyarakat di mana 18 adalah jangkitan yang dikaitkan dengan kes terdahulu dan dua lagi tiada kaitan.

Menurut Kementerian Kesihatan, 13 daripada 18 kes telah dikuarantin sebelum ini dan lima dikesan melalui proses pengawasan.

Tujuh kes import pula melibatkan tiga warganegara atau penduduk tetap dan sudah dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di negara ini.

Tiada kes baharu di asrama pekerja asing.

Related posts

Leave a Comment