751,928 kanak-kanak terima dos

PUTRAJAYA 25 Feb. – Sebanyak 751,928 atau 21.2 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 apabila 42,584 lagi tampil mendapatkan suntikan itu semalam.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 86,431 individu atau 61.4 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan 14,453,640.

Sebanyak 97.5 peratus atau 22,947,671 daripada populasi dewasa melengkapkan vaksinasi mereka semalam manakala 98.7 peratus atau 23,227,035 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 90.0 peratus atau 2,800,143 melengkapkan vaksinasi mereka manakala 93.0 peratus atau 2,892,596 mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 132,371 dos vaksin diberikan meliputi 44,992

dos pertama, 948 dos kedua dan 86,431 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan setakat ini sebanyak 66,865,787.

Related posts

Leave a Comment