PUTRAJAYA 17 Jun – Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini dengan merekodkan 1,086 kes berbanding 607 semalam menjadikan negeri kedua selepas Selangor merekodkan kes harian tertinggi.
Walaupun Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 1,858 tetapi menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,914 semalam menjadikan jumlah kumulatif 222,249.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan kenaikan iaitu 641 berbanding 480 semalam, Sarawak 559 (570), Johor 449 (392), Sabah 248 (184), Melaka 184 (152), dan Terengganu 77 (56),
Negeri yang mencatatkan penurunan adalah Kedah 197 (228), Kelantan 154 (230), Pulau Pinang 97 (99), Wilayah Persekutuan Labuan 97 (101), Pahang 54 (57), Perak 30 (66), Putrajaya 7 (6).
Perlis satu-satunya negeri yang tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini.
Secara keseluruhan Malaysia merekodkan 5,738 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 678,764 kes.
