5.108 juta dos sudah disuntik

PUTRAJAYA 17 Jun –  Jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 negara terus melepasi sasaran 200,000 apabila merekodkan 204,839 dos suntikan semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), ia membabitkan 196,775 dos pertama manakala selebihnya 8,064 dos kedua.

Menurut JKJAV, pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 5.108 juta dos.

Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama 3.632 juta manakala dos kedua 1.476 juta.

Negeri yang mencatatkan penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih 750,000 dos, diikuti Selangor dengan lebih 730,000 dos.

Negeri lain yang mencatatkan jumlah tinggi termasuk Sarawak dengan lebih 600,000 dos serta Johor dengan lebih 480,000 dos.

Related posts

Leave a Comment