1,239 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 16 Jun – Hari kedua berturut-turut, Arab Saudi merekodkan lebih 1,200 kes harian apabila merekodkan 1,239 kes baharu hari ini berbanding 1,269 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 469,414 kes. Dalam tempoh 24 jam juga, 15 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 7,621 kes. Sebanyak 932 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini menjadikan jumlah keseluruhan  451,187 pesakit sembuh. Sementara itu, Makkah merekodkan 371 kes diikuti Riyadh 253, Timur 229 dan Asir 98. Kes aktif pula 10,606 dan…

Read More

Indonesia catat 9,944 kes

JAKARTA  16 Jun – Indonesia merekodkan hampir 10,000 kes Covid-19 hari ini apabila mencatatkan 9,944 kes dengan jumlah kumulatif kini sebanyak 1,937,652. Jumlah pesakit yang meninggal dunia juga meningkat dengan bertambahnya 196 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 53,476. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 6,229 orang pesakit dilaporkan pulih dan ini menambah jumlah kumulatif  kesembuhan kepada 1,763,870 orang. Untuk jumlah kes aktif atau pesakit  yang masih memerlukan rawatan hari ini bertambah sebanyak 3.519 orang. Sementara itu,  program vaksinasi Covid-19 hari ini menambah jumlah penerimanya melebihi 21 juta orang atau angka tepatnya…

Read More

Tiada darurat selepas 1 Ogos 2021

KUALA LUMPUR 16 Jun – Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tidak ada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos ini. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan berkata, ia antara salah satu daripada tujuh perkara yang dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu selepas diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara, hari ini. Jelas Syed Danial, Raja-Raja Melayu turut sependapat bahawa suhu politik yang semakin panas wajib diredakan. Selain itu, Raja-Raja Pemerintah turut menyokong dan senada dengan pendirian…

Read More

Titah Parlimen bersidang segera

KUALA LUMPUR 16 Jun – Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan pandangan itu setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik. Begitu juga pandangan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan. Dalam kenyataan media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka Baginda amat menyedari peranan Parlimen sebagai platform penting untuk…

Read More

Trend masuk ICU meningkat

PUTRAJAYA 16 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah pengunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 telah melebihi 100 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, trend kemasukan pesakit Covid-19 di ICU menunjukkan peningkatan sejak dari Minggu Epidemiologi (ME) ke-17 dan ke-21 iaitu masing-masing antara 25 April hingga 1 Mei dan 23 Mei hingga 29 Mei. Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan trend yang sama dilihat berterusan terutama bagi tempoh dua minggu seterusnya iaitu pada 6 Jun hingga 12 Jun lalu. Walaupun terdapat penurunan kes…

Read More

5,150 kes baharu, 73 kematian

PUTRAJAYA 16 Jun – Malaysia merekodkan 5,150 lagi kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, dengan jumlah terbaharu itu ia menjadikan jumlah kes di negara ini meningkat kepada 673,026 dengan kes aktif sebanyak 67,949. Daripada 5,150 kes itu, kes tempatan melibatkan 4,304 warganegara dan 843 bukan warganegara manakala tiga lagi kes import yang melibatkan warganegara. Dr Noor Hisham berkata sebanyak 7,240 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 600,935 kes.…

Read More

24 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 16 Jun – Singapura melaporkan 24 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 62,339 dengan kematian kekal 34 orang. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), daripada jumlah itu, 19 adalah kes dalam masyarakat di mana 16 jangkitan dikaitkan dengan kes terdahulu dan tiga tiada kaitan dengan mana-mana kes. Sepuluh daripada 16 kes masyarakat itu sudah dikuarantin manakala enam yang lain dikesan melalui proses pengawasan. Lima kes import termasuk dua rakyat atau penduduk tetap yang baru pulang ke sini dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus tiba di…

Read More

5,414 kes Filipina, 158 kematian

MANILA 16 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,414 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,332,832 orang. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 23,121 orang termasuk 158 kematian terbaharu yang dilaporkan hari ini. Sebanyak 7,637 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,253,541 orang atau 94.1 peratus. Kes aktif pula 56,170 atau 4.2 peratus.

Read More

40 kematian di Thailand, 2,331 kes

BANGKOK 16 Jun – Thailand merekodkan 40 lagi kematian dan 2,331 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 1,525 orang meninggal dunia dan 204,595 kes positif. Kes harian ini meliputi 2,305 kes orang awam termasuk 29 kes import dan 26 lagi berkaitan penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kematian melibatkan 24 lelaki dan 16 wanita yang berumur antara 34 hingga 90 tahun. Bangkok mencatatkan 20 kematian diikuti Pathom (5), Ayutthaya (4), dua masing-masing di Chon Buri, Pathum Thani dan Samut Prakan, serta satu masing-masing di Phetchaburi, Ratchaburi, Nakhon…

Read More

PELAN-PELAN ‘KELUAR IKUT PINTU’ PPN

IBARAT pintu keluar, ada empat pintu Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang perlu dilalui sebelum kita melangkah keluar ‘membebaskan diri’ daripada norma baharu kehidupan akibat pandemik Covid-19 yang sudah memasuki tahun kedua. Mungkin kehidupan tidak sama seperti dahulu tetapi sekurang-kurangnya ada ruang untuk kita kembali seperti biasa, bebas ke sana ke sini ke sana ke sini. Seperti diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam, fasa pertama bermula bulan ini melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh 3.0, fasa kedua (Julai – Ogos) dan Fasa ketiga September-Oktober. Fasa keempat apabila purata kes harian turun…

Read More