5,414 kes Filipina, 158 kematian

MANILA 16 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,414 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,332,832 orang.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 23,121 orang termasuk 158 kematian terbaharu yang dilaporkan hari ini.

Sebanyak 7,637 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,253,541 orang atau 94.1 peratus.

Kes aktif pula 56,170 atau 4.2 peratus.

Related posts

Leave a Comment