40 kematian di Thailand, 2,331 kes

BANGKOK 16 Jun – Thailand merekodkan 40 lagi kematian dan 2,331 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 1,525 orang meninggal dunia dan 204,595 kes positif.

Kes harian ini meliputi 2,305 kes orang awam termasuk 29 kes import dan 26 lagi berkaitan penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kematian melibatkan 24 lelaki dan 16 wanita yang berumur antara 34 hingga 90 tahun.

Bangkok mencatatkan 20 kematian diikuti Pathom (5), Ayutthaya (4), dua masing-masing di Chon Buri, Pathum Thani dan Samut Prakan, serta satu masing-masing di Phetchaburi, Ratchaburi, Nakhon Sawan, Phatthalung dan Surat Thani.

Bangkok mencatatkan kes tertinggi iaitu 807, diikuti Nonthaburi 204, Samut Prakan 161, Chon Brim (108), Samut Sakhon 101, Chachoengsao 96, Pathum Thani 89, Songkhla 60, Nakhon Pathom 52, Ayutthaya 50 dan Nakhon Si Thammarat 50.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Arab Saudi (1), Amerika Syarikat (1),  United Kingdom (1) dan Kemboja (26).

Kes sembuh pula meningkat kepada 167,665 apabila 4,947 lagi pesakit dilaporkan sembuh.

Setakat Selasa, sebanyak 35,405 masih mendapa rawatan di hospital termasuk 1,306 pesakit kritikal dan 364 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu 4,948,227 telah menerima satu dos suntikan vaksin dan 1,832,589 sudah lengkap dua dos.

Related posts

Leave a Comment