24 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 16 Jun – Singapura melaporkan 24 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 62,339 dengan kematian kekal 34 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), daripada jumlah itu, 19 adalah kes dalam masyarakat di mana 16 jangkitan dikaitkan dengan kes terdahulu dan tiga tiada kaitan dengan mana-mana kes.

Sepuluh daripada 16 kes masyarakat itu sudah dikuarantin manakala enam yang lain dikesan melalui proses pengawasan.

Lima kes import termasuk dua rakyat atau penduduk tetap yang baru pulang ke sini dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus tiba di Singapura.

Sementara itu pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) Covid-19 sedang “menilai masa dan skop” bagi tahap seterusnya pembukaan semula Singapura.

Menteri Kewangan Lawrence Wong yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak Covid-19. dalam catatan Facebook berkata, tahap 2 dijadualkan Isnin depan.

“Malangnya, kita sekarang mempunyai kes baharu dan kluster baharu yang besar di Bukit Merah,” kata Wong.

Sehingga semalam , kluster Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View merekodkan 25 kes.

Pasar itu yang dijadualkan dibuka semula hari ini setelah ditutup sejak Ahad lalu, kini ditutup selama dua minggu lagi sehingga 26 Jun.

Makan dan minum di premis jualan makanan dan minuman tempat-tempat makanan dan minuman kini dilarang sebagai sebahagian daripada Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat) dan dijadualkan disambung semula pada 21 Jun, dengan syarat keadaan Covid-19 tetap terkawal.

Related posts

Leave a Comment