Dari Arafah ke Muzdalifah

MUZDALIFAH: Gabenor Makkah dan Penasihat Penjaga Dua Masjid Suci, Putera Khaled Al-Faisal menyifatkan pergerakan jemaah haji dari Arafah ke Muzdalifah adalah satu kejayaan besar.

Putera Khaled yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pusat Haji berkata rancangan itu dilaksanakan dalam tempoh empat jam dengan lancar dan selesa. 

Pergerakan para jemaah ke Muzdalifah menaiki kereta api dan bas Mashaer beroperasi tanpa melaporkan sebarang insiden keselamatan, trafik dan kesihatan, lapor Saudi Gazette. 

Antara 899,353 jemaah yang disediakan pengangkutan, 205,000 daripada mereka memanfaatkan khidmat kereta api, manakala lagi 699,348 jemaah dibawa menerusi 16,000 bas. 

Menurut Putera Khaled Al-Faisal, pergerakan jemaah itu mudah dan lancar disebabkan khidmat cemerlang yang disediakan oleh kerajaan Saudi. 

Gabenor Makkah itu turut menekankan bahawa semua sektor dan agensi kerajaan yang menyediakan khidmat kepada para jemaah sedang melaksanakan pelan operasi mereka mengikut arahan yang diberikan dan mereka mencapai kejayaan sepenuhnya dalam sektor masing-masing. 

Related posts

Leave a Comment