1,239 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 16 Jun – Hari kedua berturut-turut, Arab Saudi merekodkan lebih 1,200 kes harian apabila merekodkan 1,239 kes baharu hari ini berbanding 1,269 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 469,414 kes.

Dalam tempoh 24 jam juga, 15 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 7,621 kes.

Sebanyak 932 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini menjadikan jumlah keseluruhan  451,187 pesakit sembuh.

Sementara itu, Makkah merekodkan 371 kes diikuti Riyadh 253, Timur 229 dan Asir 98.

Kes aktif pula 10,606 dan 1,549 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment