UK tangguh longgar sekatan

LONDON: United Kingdom menangguhkan tarikh melonggarkan sekatan Covid-19 selama sebulan sehingga 19 Julai, kata Perdana Menteri, Boris Johnson.

Katanya keputusan dibuat susulan penularan varian Delta yang semakin membimbangkan dan memberi tumpuan kepada vaksinasi.

Mengikut perancangan sebelum ini sekatan melibatkan penjarakan sosial akan dilonggarkan bermula 21 Jun.

“Kita tidak boleh meneruskan dengan empat langkah yang diumumkan pada 21 Jun ini, walaupun ada kemungkinan virus akan melepasi vaksin dan ribuan lagi kematian berlaku, yang boleh dielakkan atau pilihan lain adalah memberikan beberapa minggu tambahan untuk membolehkan vaksin diberikan kepada mereka yang memerlukan.

“Hari ini saya boleh katakan kita sudah memenuhi empat langkah tetapi adalah lebih baik untuk menunggu lebih lama,” kata Johnson.

Saintis sebelum ini memberi amaran, kemungkinan peningkatan kes kritikal pesakit Covid-19 sekiranya sekatan dilonggarkan bermula 21 Jun.

Kata Johnson, penangguhan ini akan diteliti semula selepas dua minggu.

Related posts

Leave a Comment