Kilang degil dikompaun RM11,500

KUANTAN 15 Jun – Degil ! Dibenarkan beroperasi  8 pagi hingga 8 malam tetapi melebihi tempoh yang dibenarkan itu.

Akibatnya, tiga kilang dikompaun dengan RM34,500 ringgit kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kawasan Perindustrian Gebeng, malam tadi.

Kompaun dikeluarkan hasil Operasi Bersepadu bersama 12 Agensi berkaitan yang membabitkan lima buah Kilang di kawasan dikenakan PKPD sejak 8 Jun sehingga 21 Jun ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Pembangunan), Razihan Azaruddin berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya mendapati tiga kilang berkenaan telah didapati beroperasi lebih masa dan pelanggaran Akta Buruh.

Setiap satu kilang dikenakan dua kompaun masing-masing iaitu RM1,500 dan RM10,000 bermakna setiap satu dikenakan kompaun RM11,500.

Selain operasi lebih masa, ada juga pelanggaran terhadap Akta Buruh, iaitu seorang pekerja yand didapati bekerja lebih 12 jam.

Related posts

Leave a Comment